Wana Juara MyStarz LG2
By mak on Feb 23, 2009 in Rancangan Realiti
MAK dapat opportunity untuk menonton Final MyStarz LG2, tapi terlambat sikit… kat sini MAK kongsi sikit apa yang MAK tonton & sikit komen MAK.
Persembahan
Casey lagu medley…
Langit ke-7 & Ku mahu
Sungguh merdu lagu pertama dari Casey yang merupakan lagu medley Langit Ketujuh & KuMahu. MAK lihat, penghayatannya amat nyata sangat dalam lagu Langit Ketujuh tu sementara ketika membawa lagu KuMahu, Casey macam totally bertukar mood, apabila membawa lagu ala2 sepanyol dengan lenggokannya…awww.. seksi tu…
Lagu duet bersama Hairi & FIq
Opera Hidup & Debunga Wangi
Lagu rock Hairi dibuka dengan lagu Debunga Wangi disambut oleh Fiq.. terserlah rocknyer…
Fiq membuka lagu Opera Hidup dengan trademarknyer, memang power, disambut oleh Hairi, lakukan dengan semangat kejujuran.. memang mereka jujur menyanyikan lagu ini… rambut sama panjang.. tapi jeritan akhir Hairi mungkin yang memberi impak…
Wana
Ku Pendam Sebuah Duka & Ku Tlah Jatuh Cinta
Suaranya power pada lagu pertama.. bila lagu kedua MAK rasa persembahannya lebih memukau..
Nashrin berduet dengan Misha Omar
Perlu kamu
Awwww.. romantiknya lagu ni… Misha Omar memang membakar rasa cinta dalam lagu tu, dan Nashrin membri balasan yang mengkagumkan
Komen
Hattan memberi komen lagu Cassie, lagu first sedap, lepas tu sebu,
Hairi flat bila Fiq masuk,
Wana sedap
Nashrim, jatuh cinta ngan Misha Omar
Liza Hanim… Cassie, missed out punch out utk certain2 part.. lagu second come back…
Hairi tak cukup punch
Wana penghayatan bagus
Nashrin, naik bulu roma
Ajai.. Cassie macam lembik.. tak sampai feel,
Hairi sesuai ngan rock.. Cuma ade problem hearing…
Wana, persembahan ade karektor, problem, tone lagu kene buangkan
Nahrin, muka jambu.. ade pakej, makin banyak nyanyi, makin better.. Cuma try express himself secara solo.. jangan harap pasangan …hehehehe
Artis jemputan
Faizal Tahir, tampil dengan rambut lebih pendek, membawa lagu Pada Syurga, seperti biasa memukau….
Persembahan
Cassie berduet dengan Sarah Raisuddin
Mercy
MAK tengok Cassie kurang bertenaga kali ni.. tapi suara masih mantap…Sarah Raisuddin usah disangkal lagi, memang power, mungkin dapat menyelamatkan Cassie.
Hairi
Lagu Medley – Laguku Untukmu & Kau Yang Bernama Seri
Walaupun tune dia taklah setinggi Meet Uncle Hussin, Hairi dapat membawa lagu dengan caranya sendiri.. tapi nampak semput sikit….tang tarik.. tak jadik! Lagu kedua ok.. tapi bab jerit.. lagi sekali, tak jadik!!
Wana
Duet bersama Jamal Abdillah
Kehebatan Cinta
Lagu cinta ni sekali lagi Berjaya dibawa, nak-nak Jamal, macam muda-muda dulu, masih bertenaga…tahukah engakau betapa hebatnya cinta ku..
Nashrin
Medley – Kaulah Segalanya & Si Gadis Ayu
Lagu pertama, MAK rasa macam tenggalam sikit.. lagu kedua rancak sikit…better..
Komen
Hattan
Cassie kurang lipat lagu blues tu…
Hairi terlalu berhati-hati.. kalau tarik sikit lagi.. hancur
Wana.. maintain
Nashrin…lagu pertama, biasa…lagu kedua tu out of tempo sikit, tapi gatal
Liza Hanim
Cassie.. mula dengan baik, bila Sarah ade… kene lawan dia…
Hairi… macam main2.. tak bersungguh.. konsentrasi hilang
Wana dah cukup bersedia dengan the Actual World
Nashrin.. next time lebih banyakkan menari….
Ajai
Cassie…persembahan kali ni lebih bagus dari yang pertama sebab tone dah ada…
Hairi.. jangan jadi rock jambu…kene buat rock betul2…
Wana… yang itu… kene kurangkan.. vibrato kene kurangkan jugak…tapi cantik jugak…
Nashrin… menang pada tone.. persembahan ok.. Cuma ade problem pada pitching…
Artis jemputan
Alamak.. Mawi tak dapat dating.. apo kono eh World.. tapi digantikan dengan abang Jamal.. wow.. takpelah takde Mawi takperlah.. abg Jamal lagi best….
Rossa plak persembahan begitu bertenaga…banyak peminat kat Malaysia yerk…
Keputusannya:
JUARA: Wana
NAIB JUARA: Nashrin
MAK memang setuju ngan keputusan tu, yelah untuk Final tu MAK nampak memang Wana & Nashrin.








On Mar 2, 2009, buby gurl said:
Wanna nie seksi sangat.