Saus Kacang: Ashraf Sinclair (Fredo), Bunga Cinta Lestari (Dewi) dan Marsha Milan Londoh (Mae)
By mak on Mar 18, 2009 in Movie
Filem Saus Kacang ini amat popular di Indonesia semenjak ditayangkan awal tahun ini. Filem yang dibintangi oleh pasangan secocok suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga, Ashraf Sinclair & Bunga Cinta Lestari ini telah meletop di sana.
Ashraf Sinclair memegang watak Fredo, seorang pelancong dari Malaysia yang penyayang, romantic dan bertenaga namun bertukar menjadi pemarah, tidak percayakan orang dan suka mencari pasal. Bunga Cinta Lestari pula memegang watak Dewi, seorang Chef de Cuisine yang mengepalai salah sebuah restoran 5 bintang di Bali. Di samping itu, bintang AF, Marsya Milan Londoh turut membintangi file mini dengan memegang watak Mae, tuning kepada Fredo yang cantik namun angkuh.
Kisah Saus Kacang ini bermula dari kisah Dewi (Bunga Cinta Lestari), seorang Chef de Cuisine di salah sebuah restoran hotel 5 bintang di Bali yang sering gagal dalam percintaan. Akibatnya, dia mulai berasa serik untuk bercinta lagi dan sering mengetepikan perasaanya demi kerjayanya. Dewi sukakan cabaran yang dihadapi apabila berdepan dengan pelancong yang bermasalah.
Namun segalanya berubah dengan kedatangan Fredo, seorang pelancong dari Malaysia yang banyak menimbulkan masalah ketika penginapannya di hotel tersebut. Dia seorang yang suka komplen, baran & gemar menghina staf-staf hotel tersebut. Namun, Dewi merasakan ini suatu cabaran biasa baginya yang perlu diatasi.
Mereka berdua sering bertelingkah & oleh kerana terlalu asyik akan pertelingkahan itu, mereka terlupa akan kedatangan Hari Raya Nyepi yang mana pada hari tersebut, tiada seorang pun dibenarkan berada di luar rumah. Akibatnya mereka berdua didapati bersalah dan dijatuhi hukuman kerja amal pembersihan.
Dari saat itulah Dewi semakin rapat dengan Fredo & mula menyedari bahawa Fredo adalah seorang yang penyayang dan romantik. Percutiannya di Bali itu adalah sebenarnya perancangan berbulan madunya, yang terpaksa ditukar kepada percutian biasa kerana tunangnya, Mae telah meninggalkannya pada hari akad nikah kerana mengikut lelaki lain. Kerana itulah Fredo telah berubah sikap kepada yang lebih negatif itu.
Hasil dari kerja amal itu, percintaan di antara mereka telah berputik. Fredo telah meluahkan perasaannya kepada Dewi yang masih sangsi dengan cinta seorang lelaki, dan bimbang akan dikecewakan lagi. Namun, setelah memberanikan diri, Dewi telah membalas cinta Fredo itu.
Segalanya berjalan lancar sehinggalah tiba suatu saat di mana Mae telah hadir ke Bali dan menawarkan cintanya kembali kepada Fredo. Fredo menjadi serba salah sementara Dewi telah terbayangkan kegagalan percintaannya lagi. Apa yang akan berlaku seterusnya, …. Hehehehe.. kenelah tengok sendiri filem tu, barulah best…… sorry yerk..








On Mar 19, 2009, wan said:
depa ni memang serasi bersama.. sama ensem, sama lawa… pengarah filem pandai pilih..
On Mar 19, 2009, mek said:
ala mak ni… potong stim je.. cerita la sampai abis..