Gambar wedding Dynaz & Mohd Hafizy Hafiz
By mak on Mar 20, 2008 in Actress

Tepat jam 11.40 pagi, pelakon popular Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar (Dynaz) 25 tahun telah diijabkabulkan dengan Mohd Hafizi (Fizy) Mohd Hafiz 36, di rumahnya. Majlis tertutup dihadiri oleh kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai kedua-dua belah pihak.Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh ayah Dynas, Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamed, dan hanya dengan sekali lafaz Dynaz sah bergelar isteri Fizy. Pelakon Kayangan ini kelihatan anggun bergaya mengenakan kebaya lace klasik rekaan Calvin Thoo.
Kasut ala-cindarella yang dipakai Dynaz pada hari pernikahannya juga merupakan sentuhan Calvin Thoo yang juga teman baik kepada pelakon tinggi lampai ini. Pada majlis sederhana tetapi meriah ini, Dynaz telah menerima mas kahwin RM1001 dan wang hantaran RM15,000 daripada suaminya, Fizy.

Fizy mengucup dahi isteri tercinta, Dynaz ketika upacara membatalkan air sembahyang (Foto Utusan)Majlis membatalkan air sembahyang berlangsung sejurus selepas Fizy menunaikan solat sunat syukur memohon restu yang Maha Esa memberkati ikatan suci yang baru dibina bersama isteri tercinta. Fizy memberikan isterinya sembilan dulang hantaran dan dibalas sebelas hantaran daripada pihak perempuan.
Antara barang hantaran oleh pihak lelaki adalah tas tangan jenama Luis Vuitton serta kasut tumit tinggi jenama Gucci, dua pasang kain kebaya, cincin dan rantai pemberian ibu Fizy, set barang kemas jenama Aigner, pewangi jenama Marc Jacob, Telekung, sejadah dan senaskhah Al-Quran.
Sementara itu, hantaran balas daripada pihak perempuan adalah sepasang baju Melayu, kain songket, sejadah, dompet dan tali pinggang jenama Gucci, kasut jenama Gucci, pewangi YSL, sepasang sut, topi keledar jenama ARAI dari Jepun, jam tangan Brietling, cincin jenama De Jam, sebiji kek dan dulang mengandungi buah strawberi.
Dynaz yang ditemui selepas upacara akad nikah melahirkan rasa terharu dan gembira kerana semua yang dirancang berjalan lancar dan baginya Fizy adalah jejaka yang istimewa di hatinya. Kerana kesibukan kerja pasangan ini terpaksa menangguhkan impian bulan madu mereka untuk seketika
Pasangan ini akan bersanding secara tertutup di kediaman Dynaz di Seksyen 9, Shah Alam malam ini, manakala sebuah majlis resepsi lagi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 22 Mac ini. Kedua-dua mempelai ini hanya bakal berbulan madu di Pulau Boracay, Filipina pada bulan April nanti.
Popularity: 18% [?]
No related posts.











On Mar 22, 2008, mz80 said:
Tahniah buat dynaz….
On Mar 22, 2008, mawi said:
kalau tak kaya, tak teringin si dynaz kat mamat nie….
On Mar 23, 2008, admin said:
jangan cakap mcm tu, dah jodoh nama nya
On Apr 2, 2008, IZAN said:
SIAPA SEH SI FIZY NI. DIA KAYA KE??
On Apr 2, 2008, IZAN said:
TAPI DR SUDUT DIA SEMBAHYANG SYUKUR TU,
CAN SEE LA LELAKI YG BAIK BOLEH MEMBIMBING ISTERI KELAK.
On Apr 6, 2008, admin said:
semoga dia berbahaya
On Apr 12, 2008, zuraidah said:
semoga dynaz berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat…
On Jun 17, 2008, hidayah said:
orang x kira kaya tapi orang pilih hati yg baik .
On Jul 7, 2008, ina said:
hope u hepi with new life okes….muahahaha
On Jul 24, 2008, stacy said:
you are very cute lah aunty dynaz
On Aug 14, 2008, yasmin hanani said:
saya belajar lagi tapi saya ingin menghantar sesuatu untuk awak saya memang minat kak dynas.semoga kak dynas berbahagia dengan suami tercin.TAHNIAH!!!!
dari:yasmin hanani
untuk:kak dynas
On Aug 14, 2008, yasmin said:
I akan doakan u happy sehingga akhir tahun.
On Aug 14, 2008, yasmin said:
jahatkan sek laki ni hish tak patu,tak patut.
On Aug 16, 2008, noraini binti razali said:
hai …………
On Aug 25, 2008, izhar_elysyah jb said:
kowg secocok ar…p jgan t ada khabar angin kowg cerai udah…ak x ske
On Sep 5, 2008, GYE said:
MOGA BERBAHGIA KE ANAK CUCU
On Sep 8, 2008, eifa said:
ha.. btl 2. kite xleh pndang pd hrta semata2. asalkan hati tulus eclass&jujur. perasaan ksh syg 2 pn pntg. erm….sy suke ngan kak DYNAZ. die cantik sangt2. smoge brbhgia..amin…….
On Sep 25, 2008, Budak Toyol said:
LANTAK KO LAH…DEN TAK KISAH LOH…KO BUKAN AWEK AKU
On Oct 7, 2008, fazmey said:
congratulations>>>>
On Oct 16, 2008, honey_red said:
bleh tahan r mke suami dyer ta encem agy balak ak..
On Mar 6, 2009, people said:
jodoh kate kan….
nak wat cam ane!!
smoge bahagia yep….
bye!!
On Mar 24, 2009, mankok said:
jge2 le kak dynaz..
jge laki tuh..
kang lpas kt tgan si fasha sendol tuh..
abishhh le jwab nyerr..
huhuhuhuh=p