Advertisements:1

payudara4.gif

proton-exora-picture

Mawi mengaku Ikin wanita istimewa buat dirinya…

mawi.jpgikin.jpg

Ekin wanita istimewa saya – Mawi

GENTING HIGHLANDS 30 Mac – “Memang benar Ekin adalah wanita paling istimewa dalam hidup saya ketika ini”.
Demikian pengakuan penyanyi lelaki popular, Asmawi Ani, 27, atau Mawi setelah sekian lama berteka-teki mengenai hubungannya dengan pelakon, Nora Asikin Rahmat, 29, atau Ekin ketika ditemui pada majlis minum petang anjuran Lord‘s Tailor di sini petang ini. Malah, Ekin turut berada di sisi Mawi sewaktu beliau membuat pengakuan tersebut.

Namun begitu, pasangan itu menafikan mereka kini sedang merancang untuk menamatkan zaman bujang penghujung tahun ini seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan.

“Kami menafikan sebarang berita yang mengatakan kami sedang menuju ke arah itu (berkahwin). Apa pun, nantikan sahaja pengumuman seandainya jodoh kami sudah sampai kelak,” janji pasangan itu.

Ketika ditanya apakah keistimewaan Ekin di mata Mawi, juara Akademi Fantasia musim ketiga itu memberitahu, sikap Ekin yang ceria serta matang dalam menangani segala masalah membuatkan dia menerima wanita itu untuk bertakhta di hatinya.

Dalam pada itu, Mawi turut memberitahu, dia langsung tidak berniat untuk menafikan mahupun membuatkan media dan peminatnya terus tertanya-tanya mengenai hubungannya itu, tetapi dia harus menunggu waktu yang sesuai untuk mengumumkannya.

“Saya pernah berkata sebelum ini bahawa saya akan beritahu kepada semua mengenai hubungan saya. Lagipun, hubungan saya dengan Ekin hadir dengan sendirinya dan kami tidak pernah menetapkan untuk menjadi pasangan kekasih,” jelas Mawi yang mula mengenali Ekin sejak tahun 2006.

Ekin pula, ketika diusik bagaimana mereka menghabiskan masa berdua, sambil ketawa kecil, dia memberitahu, mereka tidak pernah menetapkan masa dan tempat untuk bertemu.
“Sebaliknya, kami akan keluar beramai-ramai bersama kawan Mawi dan bertemu di kedai mamak,” jelas Ekin.

Popularity: 15% [?]

Related posts:

  1. Aenn twin to Ekin Mawi will get married soon!
  2. Mawi & Ekin di Kota Kinabalu

Advertisements:4

banner1.gif

gayawanita1.gif

11 Comment(s)

  1. On Apr 6, 2008, jas said:

    oklah tu mawi nak tunggu apa lagi…kau pun dah slow skrg

  2. On Jun 17, 2008, hidayah said:

    ok la tu…wah. kawin la cepat sikit tau.

  3. On Jul 7, 2008, ina said:

    erm, ikin pun ikin la janji u hepi abg world

  4. On Aug 25, 2008, izhar_elysyah jb said:

    hypokrit tol ar mawi ue…..

  5. On Nov 20, 2008, ETIY said:

    kawin jgn x kawin bru world2

  6. On Nov 20, 2008, aqua said:

    kawin ke nikah ni rrr…/mane satu ni?kawin len nikah len kan?hehehuhu orait

  7. On Nov 20, 2008, aqua said:

    kawin best

  8. On Dec 15, 2008, nass said:

    SEMOGA BAHAGIA LAH ABG WORLD KAK EKIN

  9. On Dec 20, 2008, ann said:

    boleh lah……asal kahwin, dapat pulak org jutawan…..jgn sampai lepas kahwin banyak hutang yer….? apa2 pun janji ko bagia……..pakai tudung sampai bila ek?

  10. On Jan 17, 2009, eda said:

    Tahniah wat mawi n kikin…jd lah pasangan yg soleh dan solehah actually kalu nak wat sesuatu tu fikirlah untk jangka masa panjang dan pendek

  11. On Apr 14, 2009, kedai-lelaki said:

    jgn lupa kepada peminat. jgn sampai tersinggung perasaan

Post a Comment