Its all about Selebriti

Congratulations to both of you..semoga majlis ke jinjang pelamin pada 26 April 2008 ini berlangsung dengan lancar tanpa ada masalah. Hantaran wang dari khai kepada rosma berjumlah RM16,161.61 ( mesti ada maknanya tu ). Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
Umum sudah mengetahui pasangan artis yang juga bintang Akademi Fantasia (AF) musim pertama, Khai dan Rosma sedang hangat melayari bahtera percintaan. Bunga bahagia itu dapat dilihat ketika mereka di dalam AF lagi. Malah menguatkan lagi gosip tersebut apabila mereka sering bersama di mana-mana majlis serta acara hiburan.
Malangnya setiap kali diminta mengesahkan sejauh manakah hubungan itu terjalin, jawapan selamat yang diberi, “Kami sekadar kawan rapat.”
Biasalah, tidak semua artis itu bersedia untuk membuat pengakuan mengenai kisah cinta mereka walaupun hubungan itu memang tidak boleh dirahsiakan lagi. Sama juga kesnya seperti Linda Onn dan Fahrin Ahmad yang tak habis-habis menafikan gosip percintaan mereka sedangkan hubungan itu sudah dapat diagak oleh orang ramai.
Tapi apa nak buat, ia menjadi hak individu untuk menceritakannya ataupun tidak. Selasa lalu semasa mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera, segala persoalan mengenai hubungan Khai dan Rosma akhirnya terjawab sudah.
Saya minta kedua pasangan ini menceritakan dengan jujur. Maklum sajalah, mereka tentunya naik bosan apabila sering diasak dengan soalan yang sama. Wartawan apatah lagi, kadangkala boleh hilang sabar apabila jawapan yang diberi itu tidak memuaskan hati.
“Ya bang, kami nak kahwin.” Akhirnya jawapan ringkas dan padat itu keluar daripada mulut Khai yang menamatkan segala tanda tanya status sebenar hubungan mereka selama ini.
Saya berkata, ke jenjang pelamin juga mereka selepas cuba menyembunyikan kisah cinta yang benar-benar berlaku itu.
Ditemani pengurus yang agak kecoh mulutnya – Fizi, pemilik nama sebenar Khairul Nizam Mohamad, 29, dan Rosmayati Sidik, 23, ini bersedia untuk menceritakan segala teka-teki mengenai hubungan mereka.
Popularity: 16% [?]
One Response for "Khai dan Rosma Meniti Hari Bahagia"
urm janji x gado66 t yew
Related Post
Leave a reply