Its all about Selebriti

Archive for the ‘Actress’ Category


Rita Rudaini kahwin pemain bola sepak?

Apr 24, 2008 Author: admin | Filed under: Actress

Terima Email dari rakan di Yahoo Mail. Ada berita hangit mengatakan rita rudaini dah nak berkahwin betul ker? Baca sedutan cerita dibawah…..

aidil-rita31.jpgmaj_kelabpop94.jpg

Tiba-tiba ada yang kata pelakon Rita Rudaini sudah kahwin senyap-senyap. Patutlah lama tak dengar cerita Rita. Orang yang dikatakan menjadi suaminya ialah lelaki yang telah lama dikaitkan dengannya iaitu pemain bola sepak muda, Aidil Zafuan Abdul Radzak. Tak tahulah benar atau tidak apa yang disampaikan itu. Apabila ada yang tanya kepada Rita, katanya Rita menafikan cerita itu.

Yalah bila dah lama dikaitkan timbulkan cerita-cerita gosip. Maklumlah kedua-duanya popular dalam bidang masing-masing. Rita di panggung dan Aidil pula popular di padang. Kalau tak benar janganlah melenting pula. Nama lagi gosip. Manalah tahu daripada gosip itu lama-lama jadi cerita benar pula. Dah banyak dah jadi macam tu dalam dunia artis ni.

Popularity: 19% [?]

Ogy and her Adopted Daughter

Apr 8, 2008 Author: admin | Filed under: Actress

It surely makes life richer for PERMANENT CRITIC of AF6, OGY AHMAD DAUD. This little Ogy is named Nuraminah Aishah. “Who would have guessed that I’d be a mother at 45!” exclaimed Ogy, her eyes beaming with pride. Nuraminah was born on Nov 9 last year at Sultanah Nur Zahirah Hospital in Kuala Terengganu. Nuraminah’s father died in a tragic lorry accident two days before she was born and her poor dishwasher-mother has to raise five other siblings. “That’s the common denominator that brought us together. We’re both orphans,” she said. Her friend MMS her, Nuraminah’s picture and she fell in love with her instantly. Nuramaniah looks like my sister when she was small.. Anyhow, congrats to OGY.

ogy-and-adopted-daughter.png

Popularity: 15% [?]

Seniwati Yusni Jaafar meninggal dunia

Apr 1, 2008 Author: admin | Filed under: Actress

mainpix.jpg

Allahyarhamah Yusni Jaafar

mainpix21.jpg

SENIMAN melawat Yusni Jaafar semasa beliau terlantar di Hospital Selayang. (Dari kiri berdiri) Mustapha Maarof,A.R Badul,Wazata Zain dan kanan sekali M Daud (duduk) YAB Toh puan Datuk Seri Utama Zurina kassim isteri Gabenor Melaka serta Sukarni Jaafar sedang tunduk.

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Yusni Jaafar meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Selayang akibat kegagalan hati.

Yusni, 63, menghembuskan nafasnya pada kira-kira jam 2.30 pagi.

Menurut anak keduanya Raja Ema kepada di sini hari ini, ibunya dimasukkan ke hospital itu pada 31 Januari lalu.

Katanya, jenazah ibunya dibawa balik ke rumah keluarga di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya, dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ 15, pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.

Yusni, anak kelahiran Tumpat, Kelantan meninggalkan lima cahaya mata.

Antara pencapaian allahyarham sepanjang bergelar anak seni ialah memenangi Pelakon Wanita Komedi Terbaik pada Pesta Filem Malaysia kelapan pada 1989.
Sumber BHarian

Popularity: 8% [?]

Diana Danielle & ibu

Mar 25, 2008 Author: admin | Filed under: Actress

diana-ibu.jpg

diana-ibu1.jpg

diana-ibu2.jpg

Diana Danielle,pelakon yg baru berusia 16 tahun…byk berlakon di bawah SKOP Production…apa komen and dgn mutu lakonan pelakon muda ini?

Popularity: 19% [?]

Angelina Jolie mengandung lagi…

Mar 25, 2008 Author: admin | Filed under: Actress

jolie-brad.jpg

Angelina Jolie disamping Brad Pitt di 2008 Film Independent’s Spirit Award. Cantikkan dia sejak berbadan dua nie?

Popularity: 10% [?]

Fazura bertudung

Mar 22, 2008 Author: admin | Filed under: Actress

Cuba tengok gambar nie,ayu kan Fazura tanpa make up dan bertudung. Apa komen anda ?

fazura.jpg

Popularity: 13% [?]

Gambar wedding Dynaz & Mohd Hafizy Hafiz

Mar 20, 2008 Author: admin | Filed under: Actress

Gambar wedding Dynaz & Mohd Hafizy Hafiz

Tepat jam 11.40 pagi, pelakon popular Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar (Dynaz) 25 tahun telah diijabkabulkan dengan Mohd Hafizi (Fizy) Mohd Hafiz 36, di rumahnya. Majlis tertutup dihadiri oleh kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai kedua-dua belah pihak.Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh ayah Dynas, Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamed, dan hanya dengan sekali lafaz Dynaz sah bergelar isteri Fizy. Pelakon Kayangan ini kelihatan anggun bergaya mengenakan kebaya lace klasik rekaan Calvin Thoo.

Kasut ala-cindarella yang dipakai Dynaz pada hari pernikahannya juga merupakan sentuhan Calvin Thoo yang juga teman baik kepada pelakon tinggi lampai ini. Pada majlis sederhana tetapi meriah ini, Dynaz telah menerima mas kahwin RM1001 dan wang hantaran RM15,000 daripada suaminya, Fizy.

wedding-dynaz-hafizy1.jpg

Fizy mengucup dahi isteri tercinta, Dynaz ketika upacara membatalkan air sembahyang (Foto Utusan)Majlis membatalkan air sembahyang berlangsung sejurus selepas Fizy menunaikan solat sunat syukur memohon restu yang Maha Esa memberkati ikatan suci yang baru dibina bersama isteri tercinta. Fizy memberikan isterinya sembilan dulang hantaran dan dibalas sebelas hantaran daripada pihak perempuan.

Antara barang hantaran oleh pihak lelaki adalah tas tangan jenama Luis Vuitton serta kasut tumit tinggi jenama Gucci, dua pasang kain kebaya, cincin dan rantai pemberian ibu Fizy, set barang kemas jenama Aigner, pewangi jenama Marc Jacob, Telekung, sejadah dan senaskhah Al-Quran.

Sementara itu, hantaran balas daripada pihak perempuan adalah sepasang baju Melayu, kain songket, sejadah, dompet dan tali pinggang jenama Gucci, kasut jenama Gucci, pewangi YSL, sepasang sut, topi keledar jenama ARAI dari Jepun, jam tangan Brietling, cincin jenama De Jam, sebiji kek dan dulang mengandungi buah strawberi.

Dynaz yang ditemui selepas upacara akad nikah melahirkan rasa terharu dan gembira kerana semua yang dirancang berjalan lancar dan baginya Fizy adalah jejaka yang istimewa di hatinya. Kerana kesibukan kerja pasangan ini terpaksa menangguhkan impian bulan madu mereka untuk seketika

Pasangan ini akan bersanding secara tertutup di kediaman Dynaz di Seksyen 9, Shah Alam malam ini, manakala sebuah majlis resepsi lagi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 22 Mac ini. Kedua-dua mempelai ini hanya bakal berbulan madu di Pulau Boracay, Filipina pada bulan April nanti.

Popularity: 16% [?]

Flickr PhotoStream

    flickrRSS probably needs to be setup

Categories


Archives


Links


Meta



Advertising




Malaysia Propery Marketplace

Malaysian Gadget Shop