Its all about Selebriti

Congratulations to both of you..semoga majlis ke jinjang pelamin pada 26 April 2008 ini berlangsung dengan lancar tanpa ada masalah. Hantaran wang dari khai kepada rosma berjumlah RM16,161.61 ( mesti ada maknanya tu ). Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
Umum sudah mengetahui pasangan artis yang juga bintang Akademi Fantasia (AF) musim pertama, Khai dan Rosma sedang hangat melayari bahtera percintaan. Bunga bahagia itu dapat dilihat ketika mereka di dalam AF lagi. Malah menguatkan lagi gosip tersebut apabila mereka sering bersama di mana-mana majlis serta acara hiburan.
Malangnya setiap kali diminta mengesahkan sejauh manakah hubungan itu terjalin, jawapan selamat yang diberi, “Kami sekadar kawan rapat.”
Biasalah, tidak semua artis itu bersedia untuk membuat pengakuan mengenai kisah cinta mereka walaupun hubungan itu memang tidak boleh dirahsiakan lagi. Sama juga kesnya seperti Linda Onn dan Fahrin Ahmad yang tak habis-habis menafikan gosip percintaan mereka sedangkan hubungan itu sudah dapat diagak oleh orang ramai.
Tapi apa nak buat, ia menjadi hak individu untuk menceritakannya ataupun tidak. Selasa lalu semasa mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera, segala persoalan mengenai hubungan Khai dan Rosma akhirnya terjawab sudah.
Saya minta kedua pasangan ini menceritakan dengan jujur. Maklum sajalah, mereka tentunya naik bosan apabila sering diasak dengan soalan yang sama. Wartawan apatah lagi, kadangkala boleh hilang sabar apabila jawapan yang diberi itu tidak memuaskan hati.
“Ya bang, kami nak kahwin.” Akhirnya jawapan ringkas dan padat itu keluar daripada mulut Khai yang menamatkan segala tanda tanya status sebenar hubungan mereka selama ini.
Saya berkata, ke jenjang pelamin juga mereka selepas cuba menyembunyikan kisah cinta yang benar-benar berlaku itu.
Ditemani pengurus yang agak kecoh mulutnya – Fizi, pemilik nama sebenar Khairul Nizam Mohamad, 29, dan Rosmayati Sidik, 23, ini bersedia untuk menceritakan segala teka-teki mengenai hubungan mereka.
Popularity: 14% [?]

Ika (di sebelah kanan) …
Ika Nabila Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai IKA, 19 telah tersingkir setelah mendapat undian terendah malam tadi. Ika yang memilih untuk menyanyikan lagu Dina, Malu Tapi Mahu gagal untuk memukau penonton. Vokalnya yang lemah seringkali kurang kedengaran di sebalik kerancangan muzik.
Popularity: 15% [?]

Pada Konsert Akademi Fantasia minggu pertama, Yana diumumkan mendapat undian paling rendah apabila undian ditutup. Ini bermakna gadis dari Perak ini menjadi peserta pertama yang terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia musim keenam.
Yana yang menduduki ke-10 pada permulaan konsert terpaksa akur dengan undian penonton. Pada konsert pertama kelmarin, Yana menyanyikan lagu Diriku Tapak Sulaiman yang pernah dipopularkan oleh Elyana.
Kini, tinggal 13 pelajar akan meneruskan pengajian dalam Akademi Fantasia. Teruskan menonton dan mengikuti perkembangan mereka dalam Akademi Fantasia di Astro Ria Saluran 104 dan jangan lupa AFUNDI pelajar kegemaran anda.
Popularity: 8% [?]














Popularity: 13% [?]

Tahniah buat Dafi diatas perlantikan ayahandanya Datuk Ismail Sabri Yaakob sebagai Menteri, Belia dan Sukan. Agak2 nya kan, kenapa ayahnya tiba-tiba dilantik oleh Pak Lah. Adakah untuk menumpang populariti si dafi yang famous dgn tagline nya BAIK PUNYA.
Anyway, aku just nak share SMS yang baru diterima tadi berkaitan hal ini…
Bila bapa Dafi AF5 jadi Menteri Belia & Sukan, maka tagline Malaysia Boleh akan ditukarkan kepada “Malaysia Baik Punya”
Popularity: 14% [?]

Finally, astro has announced 16 finalist for AF6. Unlike previous season, this year we will see new host AC Mizal and the eldest contestant Rina at age 44. We also have Siti Nurhaliza sister in the list “Saida”.
Aliff Mohd Razali (Alif), 22; Ika Nabila Abdul Rahim (Ika),19; Muhammad Faizal Abdullah (Faisal), 21; Lutfyah Sheikh Omar (Lufya), 23; Muhammad Shauqi Naaim Salmi (Naim), 20; Nadia Haswani Hasnan (Nadia), 18; Mohamed Idris Mohd Zaizizi (Riz), 22; Stanley Maringai David Impi (Stanly), 24; Ahmad Nubhan Ahamad (Nubhan), 22; Marliaya Omar Walid (Yana), 24; Khairul Nizam Baharom (Toi), 31; Stracy Angie Anam (Stacy), 18; Hairina Abd Halim (Rina), 44, and Siti Norsaida Tarudin (Saida), 32.
Popularity: 5% [?]