All Posts Tagged With: "konsert af ke-4"

Konsert Keempat AF7 – Zizi & Rubisa Tersingkir

Pada konsert ke-4 Af7 ini memaparkan konsert lagu berlainan gender, peserta lelaki menyanyikan lagu wanita (Dato’ Siti) sementara yang wanita pula menyanyikan lagu lelaki (Amy Search). Rata-rata persembahan yang diberikan amat memberangsangkan. Setiap pelajar MAK tengok dapat memberikan persembahan yang matang. Namun seperti biasa, terdapat penyingkiran. Gimik kali ini yang menyediakan 3 beg utk pelajar yang tersingkir menyaksikan Zizi, Rubisa & Qhaud bersama beg-beg tersebut. Namun Qhaud terselamat. Sebaliknya Zizi dan Rubisa yang tersingkir. Yang menariknya, lagu yang dibawakan oleh kedua-dua bekas pelajar ini seolah-olah memberi pembayang yang mereka akan tersingkir. MAK tengok lagu Rubisa itu, Tiada Lagi seolah memberikan gambaran yang dia Tiada Lagi untuk konsert seterusnya. Sementara itu, MAK saksikan persembahan terbaik Zizi yang datang menaiki Superbike, mendendangkan lagu Aku Dah Bosan seolah memberitahu yang dia dah bosan berada di Akademi Fantasia. Yang peliknya, pada MAK kedua-dua persembahan bekas pelajar ni MAK rasa amat menghiburkan terutamanya Zizi yang MAK rasa persembahan terbaik pada konsert kali ini. Namun, seperti kata AC, jari menjadi juri. MAK tak boleh pertikaikan bab keputusannya kerana 100% adalah keputusan pengundi.

Selain dari persembahan konsert, perkara yang menarik adalah terdapat 4 juri, yang mana 2 tuan punya lagu-lagu tersebut hadir sebagai juri disamping 2 juri tetap Adlin & Edrie. Lebih menarik lagi adalah kehadiran komen backing tahu membela dari pihak tenaga pengajar, bukan sekali, tetapi 2 kali!. PANAS!!!!!!

af7.JPG

Popularity: 7% [?]